Tidak Lagi Boleh Dipertahan, Perdana Menteri Perlu Lepas Jawatan, Kata Pejuang

KUALA LUMPUR, 9 Jul 25 – Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu segera menasihati Yang Dipertuan Agong dan Kabinet berkenaan konflik kepentingan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kes di mahkamah dan isu kelewatan pelantikan hakim.

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, Anwar tidak lagi mempunyai pilihan selain meletak jawatan .

“Maka Peguam Negara dan AGC perlu diingatkan, anda adalah peguam juga pada rakyat dan ‘guardian of public interest’ dan harus sedar mereka tiada pilihan lain kecuali menasihatkan Agong dan Kabinet perdana menteri berada dalam keadaan konflik kepentingan.

“Selagi mana perdana menteri dalam keadaan begitu beliau tidak boleh terlibat langsung dalam proses pelantikan badan kehakiman.

“Posisi perdana menteri kini tidak boleh dipertahankan (his position is untenable). Nasihat yang sepatutnya bukanlah RCI atau Parlimen, tetapi perletakan jawatan perdana menteri,” katanya, dalam satu kenyataan di Facebook.

Rafique mendakwa, AGC gagal menasihati perdana menteri atau anggota Kabinet, mengenai keperluan menasihatkan pelantikan ketua hakim jauh lebih awal daripada menunggu saat kritikal sepertimana sekarang.

“Malah tidak melampau kalau dikatakan AGC gagal menasihatkan perdana menteri atau Kabinet .

“Isu berkaitan konflik kepentingan sudah tentu dapat dilihat sejak pelantikan perdana menteri pada November 2022. Ianya pasti lebih jelas apabila perdana menteri memilih untuk menukar peguam caranya pada Mei 2025 dalam kes yang beliau sedang hadapi.

“Tambahan wujud pula persoalan undang-undang yang kemudiannya difailkan pada jangka waktu hampir tamatnya tempoh Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan,” kata Rafique.

“Bukan spekulasi. Bukan persepsi. Dibualkan rakyat pelbagai peringkat. Keadaan menjadi lebih parah kerana pada masyarakat umum jawatan peguam negara juga dinasihatkan pelantikannya oleh perdana menteri sebagaimana Perlembagaan Persekutuan.” @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share