Wan Fayhsal Kenalkan SG4 Kepada Wakil Rakyat Jepun

Foto : Facebook Wan Ahmad Fayhsal

KUALA LUMPUR, 3 Jun 25 – Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya akan mengusahakan inisiatif membuka jalan agar empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) mendapat manfaat daripada dasar pandang ke timur untuk 100 tahun (LEAP2100).

Pihaknya juga sempat memperkenalkan negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada wakil rakyat Jepun ketika lawatannya ke negara itu baru-baru ini.

“Insha-Allah saya akan usakan beberapa inisiatif untuk negeri-negeri SG4 dan juga anak muda Malaysia dalam kita mengangkat “Look East Policy for the next 100 years” (LEAP2100).

“Saya juga sempat perkenalkan negeri-negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (SG4) khususnya Kelantan yang mereka sedia maklum antara pintu masuk awal kedatangan Jepun ke Tanah Melayu dahulu,” katanya, melalui kenyataan di Facebook.

Wan Ahmad Fayhsal berada di Tokyo, Jepun sempena Nikkei Forum.

Ketua hubungan antarabangsa ahli-Ahli Parlimen PN itu turut mengadakan pertemuan bersama beberapa ahli Parlimen pembangkang Jepun, seperti Ketua Hubungan Antarabangsa parti The Constitutional Democratic Party of Japan Kentaro Gemma.

Beliau turut mengadakan pertemuan bersama ahli Parlimen muda, Dr. Keishi Abe dari Japan Innovation Party yang juga pembangkang di Parlimen Jepun.

“Kesemua pertemuan saya dengan mereka saya bawa satu mesej: mari kita hidupkan dan perkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia-Jepun untuk 100 tahun mendatang khusus di peringkat kedua diplomasi melibatkan hubungan antara kedua-dua warganegara,” tambahnya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share