
KUALA LUMPUR, 14 Ogos 25 — Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Peguam Negara berkaitan isu kebenaran untuk Datuk Seri Najib Razak meneruskan permohonan semakan kehakiman belum memberikan kemenangan buat bekas perdana menteri itu.
Bekas timbalan menteri hal ehwal undang-undang Hanipa Maidin berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu bermakna permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan kewujudan titah Adendum akan kena didengar semua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Itu sahaja. Tidak lebih dari itu,” katanya, dalam kenyataan.
Tambahnya, keputusan itu juga hanya bermaksud Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Peguam Negara untuk menghalang supaya semakan yang dikemukakan Najib itu dari didengar di Mahkamah Tinggi.
“Seperti biasa para penyokong tegar Najib dan mereka yang sewaktu dengan mereka yang malangnya tidak begitu faham prosedur sebenar semakan kehakiman bersorak gembira kerana mereka tersalah faham menyangka Najib yang telah pun disabitkan bersalah sebulat suara oleh sembilan orang hakim dalam kes jenayah kewangan terbesar di Malaysia jenayah kleptokrasi – bahasa mudah jenayah songlap wang rakyat – melibatkan SRC International anak syarikat 1MDB pada masa materiak ) – telah menang dan boleh mula menjalani hukuman penjara di rumah,” kata Hanipa.
Katanya, dalam permohonan semakan kehakiman ada dua peringkat yang perlu Najib tempuhi.
“Sama ada Najib memang atau kalah di mahkamah tinggi di pusingan kedua nanti kemungkinan besar akan ada proses rayuan sekali lagi baik di mahkamah rayuan mahupun mahkamah persekutuan.
“Jadi Najib kena tunggu lagi . Tidak tahu hingga bila?,” kata Hanipa
Namun begitu, Hanipa berkata, Najib juga masih ada baki beberapa kes lagi yang melibatkan kes jenayah dan juga kes sivil yang ada kaitan dengan 1MDB.
Malah, setakat ini semua pihak yang terbabit dengan jenayah 1MDB di beberapa negara luar semuanya telah disabitkan Bersalah.
“Setakat ini kita juga tidak dengar lagi depa ada meminta supaya depa menjalani hukuman penjara kat rumah, apa pun kes Najib sentiasa menarik untuk diulas,” kata Hanipa. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.