
KUALA LUMPUR, 4 Mei 25 – Ahli Parlimen Ketereh, YB Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Bin Mohd Nor yakin bahawa Perikatan Nasional (PN) akan turut memberikan cadangan inisiatif kepada kerajaan dalam Sidang Khas Parlimen, esok.
Menurutnya, persidangan khas esok adalah mengenai kepentingan negara.
“Pihak PN akan juga mencadangkan inisiatif-inisiatif yang perlu dilakukan oleh kerajaan. Ini adalah isu bersama yang melibatkan negara Malaysia. Katanya kepada politiko.my.
Bercakap isu yang sama Khlir, yang juga bekas tentera berkata Malaysia tidak seharusnya menukar arah daripada Amerika kepada China, sebaliknya perlu menyeimbangkan kerjasama dengan negara luar mengikut keutamaan.
“Pada pandangan saya malaysia tak perlu menukar arah (perdagangan), tapi perlu seimbangkan kerjasama dgn negara luar mengikut keutamaan.
“Malaysia tak boleh bermusuh dengan negara luar, tapi mesti bijak mengunakan kelebihan yang ada pada kita. Ujarnya.
Esok, parlimen akan mengadakan sidang khas untuk membincangkan isu berkaitan tarif Amerika ke atas Malaysia.
Sidang esok akan dimulai dengan pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. @politiko.my