Tuduhan Tambun Ke atas Pagoh, Kesempatan Buat Dewan Rakyat Bersihkan Diri

Politik negara kembali hangat apabila Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mempertahankan warga asing dalam isu pengurangan subsidi RON95.

Namun, dakwaan tersebut tidak disertakan bukti yang jelas. Sebaliknya ramai tampil dan berpendapat, dakwaan tersebut dipetik dari suatu sumber yang tidak sahih atau dengan kata lain, sumber propaganda media sosial.

Dalam isu ini, Muhyiddin boleh menggunakan kesempatan ini untuk membuktikan bahawa Anwar sememangnya seorang tokoh politik yang sentiasa berbohong dalam ucapannya.

Muhyiddin dan wakil-wakil rakyat Perikatan Nasional boleh memanfaatkan ruang ini dengan menggesa Anwar mengemukakan bukti dalam tempoh masa tertentu. Kegagalan Anwar berbuat demikian, akan membuka ruang suatu usul agar Anwar diheret Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat.

Sekiranya usul ini berjaya, dan JK Hak dan Kebebasan mengesahkan dakwaan Tambun ini palsu, maka Perdana Menteri boleh digantung dari sidang Parlimen sekuarng-kurangnya untuk tempoh enam bulan.

Jika ini berlaku, apakah implikasinya terhadap pentadbiran negara? apakah pembentangan belanjawan 2026 boleh dibuat oleh Ahli Parlimen Tambun pada Oktober atau November ini?

Kita perlu sedar bahawa fenomena ‘politics by assumption’ kini semakin berleluasa, ia satu senjata murah yang boleh menghakis integriti institusi, dan mengaburkan fakta demi persepsi.

Sekiranya jika Anwar gagal mengemukakan bukti, dan usul membawa beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat juga gagal, maka pembangkang wajar mendesak Anwar membuat permohonan maaf secara terbuka dan segera.

Sekiranya Anwar masih enggan berbuat demikian, ini akan mendedahkan institusi Parlimen ke suatu persoalan mengenai integriti dan kredibilitinya – Dewan Rakyat tanpa pertanggungjawaban.

Sekiranya tuduhan Anwar terhadap Muhyiddinini akibat dari ‘tersalah cakap’ yakti terkhilaf kata, beliau seharusnya boleh menamatkan isu dengan dengan mudah iaitu dengan meminta maaf.

Langkah Anwar menggunakan SKMM dalam isu peribadinya dengan Muhyiddin, juga suatu langkah sangat silap.

Ini boleh menjerumuskan Anwar kepada konflik yang lebih dalam iaitu – penyalahgunaan kuasa. Jika ini dibiarkan, kemungkinan besar penyokong kerajaan sendiri akan mula berfikir dua kali untuk terus menyokong Anwar.

Babak ini sebenarnya membuka ruang kepada Speaker, Tan Sri Johari Abdul untuk membersihkan dirinya dan mengembalikan integriti dewan dengan menegur Bossnya agar meminta maaf, atau berdepan dengan usul JK Hak dan Kebebasan. Peluang ini mungkin hanya datang sekali. @analitiko

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Perang Iran Dan Kesan Ekonomi Global

Perang Iran menunjukkan bagaimana konflik geopolitik boleh mencetuskan krisis ekonomi global. Rantau Timur Tengah memainkan peranan strategik dalam sistem ekonomi dunia, sebagai pengeluar tenaga utama dan hab penerbangan antarabangsa.
Read More

Kenapa Melayu Mesti Bersatu?

Ini kerana pemerintah ketika ini seakan-akan tidak mengiktiraf Melayu yang super majority untuk dijadikan paksi kepada dasar pembentukan negara (state-making), pembangunan bangsa (nation-building) dan pembangunan negara (national development).
Read More
Total
0
Share