Universiti Nanyang Lantik Profesor Jerman Sebagai Penyandang Pertama Kursi Mas, Pengajian Melayu

KUALA LUMPUR, 20 Okt 25 — Universiti Teknologi Nanyang (NTU) meneruskan langkah memperkukuh bidang Pengajian Melayu apabila melantik Profesor Arndt Graf, sarjana Jerman yang terkenal dalam bidang sosiolinguistik dan budaya Melayu, sebagai penyandang pertama Kursi MAS (Dr Muhammad Ariff Ahmad Professorship in Malay Studies) di Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Memetik kenyataan Portal Institut Pendidikan Nasional (NIE), pelantikan ini menandakan era baharu Pengajian Melayu di pentas global, dengan Profesor Graf membawa perspektif antarabangsa terhadap warisan dan pemikiran Melayu.

Beliau menyampaikan kuliah sulung bertajuk “Melestarikan Warisan, Membina Masa Depan” yang menelusuri peranan bahasa dan budaya Melayu sebagai jambatan masyarakat moden.

Kursi MAS diwujudkan bagi memperingati tokoh bahasa dan sastera, Dr Muhammad Ariff Ahmad (MAS), yang menjadi pelopor gerakan intelektual Melayu di Singapura.

Penubuhan ini turut disokong dengan pembentukan Hab Kajian dan Sumber MAS (MAS RRH@LIBRIS) di NIE, yang menempatkan koleksi manuskrip dan karya tokoh berkenaan.

Profesor Graf dalam ucapannya menegaskan bahawa semangat Dr MAS masih relevan dalam konteks hari ini, ilmu dan bahasa Melayu mesti menjadi alat penyatuan, bukan sekadar warisan yang dilupakan.

Pelantikan sarjana luar sebagai penyandang pertama kursi berprestij ini juga membawa mesej simbolik: bahasa dan budaya Melayu kini dikaji, dihargai, dan diangkat bukan sahaja oleh bangsa sendiri, tetapi oleh dunia. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share