Agong Titah Kerajaan Laksana Kempen Anti Buli

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 25 – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menzahirkan titah agar kerajaan melaksanakan kempen anti buli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

Baginda bertitah, sekiranya budaya buli tidak dibendung sejak dari peringkat sekolah rendah berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan.

Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa buli bukan sahaja merosakkan mental dan emosi mangsa, malah boleh mengakibatkan pelbagai tragedi.

““Anak-anak perlu diberi penerangan sejak dari usia kecil mengenai perkara ini dan menerusi kempen berkenaan akan membimbing mereka dalam memahami erti saling hormat menghormati dan berdisiplin,” titah Baginda.

Baru-baru ini, Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.

Pada 12 Ogos lalu AGC memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh PDRM. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share