Belanjawan: PN Akan Perkenal BPN, Bantuan Hingga RM6,000 Setahun

KUALA LUMPUR, 13 Okt 25 – Perikatan Nasional (PN) berjanji akan memberikan bantuan tunai berjumlah RM6,000 setahun atau RM500 sebulan kepada kumpulan yang memerlukan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Timbalan presiden Bersatu itu berkata, bantuan tunai itu juga tidak akan dikenakan syarat untuk urusan pembelian, seperti diamalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Daripada apa yang dibentangkan kerajaan, PN yakin bahawa kedudukan fiskal negara mempunyai keupayaan untuk kami memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga RM6,000 setahun atau RM500 sebulan kepada isi rumah yang  memerlukan.

“Berbeza dengan bantuan yang bersyarat dan terhad seperti skim SARA yang mengekang pilihan rakyat, Perikatan Nasional akan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menentukan sendiri perbelanjaan mereka, di mana dan apa yang mereka perlukan,” katanya, dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2026 di Parlimen

Hamzah menegaskan, PN juga akan menawarkan pendidikan percuma di peringkat pra-siswazah kepada semua golongan rentan dan yang memerlukan, terutamanya penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

PN juga katanya akan memastikan mana-mana pelajar yang layak mengikut merit akan diberikan biasiswa bagi menyempurnakan pengajian ijazah pertama dalam bidang strategik.

“Sesungguhnya, dalam soal pendidikan ini, kami mahu setiap anak Malaysia – sama ada di Putrajaya atau di pedalaman Long Pasia diberikan peluang yang sama untuk berjaya, kerana masa depan Malaysia bukan diukur pada tingginya menara, tetapi pada tingginya nilai budi dan ilmu generasinya, ” tambah Hamzah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share