Urban Renewel Akan Jadi Urban Removal, Kata Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 27 OGOS 25 – Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) adalah satu pengkhianatan yang merompak maruah rakyat miskin di bandar atas nama pembangunan, dakwa Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim mendakwa, undang-undang itu juga bukan bertujuan untuk pembangunan rakyat sebaliknya adalah senjata moden pengusiran senyap yang  memberikan kuasa luar biasa kepada pemaju untuk menghalau rakyat kecil dari bandar.

“Hari ini flat kos rendah jadi mangsa. Esok kampung tradisi dan tanah pusaka pula terancam.

“‘Urban Renewal’ akhirnya menjadi ‘Urban Removal’, katanya, dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Putra kata Ibrahim bukan sekadar menentang pelaksanaan URA tetapi menjadikan isu berkenaan bukan sekadar bantahan biasa, tetapi Deklarasi Politik rasmi parti.

Katanya, Putra meletakkan garis merah yang tegas RUU URA ini adalah undang-undang pengusiran, dan jika diteruskan, ia bererti kerajaan memilih berpihak kepada pemaju, bukan rakyat.

Tambahnya, Putra konsisten berdiri sebagai tembok besi terakhir, memastikan bantahan ini tidak padam, sebaliknya menjadi gelombang besar bersama suara rakyat yang lain.

“Putra menyeru seluruh rakyat Malaysia  tanpa mengira parti politik, bangsa atau agama untuk bersama menolak URA

“Ini bukan isu kepartian, ini isu hak rakyat untuk memiliki tempat tinggal, mempertahankan kampung tradisi, tanah pusaka, dan maruah kehidupan di bandar,” tegas Ibrahim lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share