Peguam Kanan Pertahan Integiriti 3 Ketua Hakim Baru Dilantik

KUALA LUMPUR, 18 Jul 25 – Tiga ketua hakim yang baharu yang diumumkan malam tadi diyakini individu berwibawa tanpa sebarang isu integriti, kata peguam kanan Haniff Khatri Abdulla.

Haniff berkata, pelantikan tiga ketua hakim itu menurutnya wajar dan bertepatan dengan motif untuk keadilan semata-mata.

“Pelantikan tiga orang yang dinamakan dalam kenyataan pagi tadi ini pelantikan yang wajar dan tidak mempunyai apa-apa motif selain daripada penyelesaian keadilan.

“Saya menyambut baik pelantikan mereka, selamat maju jaya menjalankan tanggungjawab dengan amanah demi negara,” katanya, yang turut merafak sembah kesyukuran kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, diumumkan menerusi satu kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia malam tadi.

Baginda turut berkenan melantik Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala, Datuk Azizah Nawawi pula sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak bagi menggantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang bakal bersara.

Haniff turut menyelar pengkritik kononnya latar belakang salah seorang dari mereka, Wan Ahmad Farid yang mempunyai kaitan dengan Umno.

“Dalam hal hakim tiga ini tidak ada isu integritinya. Sebenarnya saya biasa hadir depan semua hakim tersebut.

“Walaupun dia mempunyai latar belakang politik Umno, jujur saya kata tak pernah dalam mana mana kes pun Wan Farid melayan kes atau membuat keputusan berpandukan fahaman politik Umno beliau. Bukan satu dua kes.

“Dia ada kebolehan memberi satu aura hakim yang tegas tapi bila keadaan tegang dia tahu nak buat jenaka redakan keadaan. Itu kunci hakim berjaya. Orang luar tak nampak cakap sahaja di media sosial. Saya tahu apa saya cakap. Saya tak pernah nampak isi politik Umno dia,” kata Haniff.

Wan Ahmad Farid merupakan bekas timbalan menteri dalam negeri ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan aktif dalam Umno sehingga tahun 2013 dan pernah tewas bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum umum bersara.

“Sejarah politik Umno itu urusan dia. Selagi tak guna dalam kehakiman cukup, selama 16 tahun dia di mahkamah dia tak pernah bangkitkan,” kata Haniff lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share