Harga MyKiosk Madani Sama Harga Rumah PPR Zaman Najib

KUALA LUMPUR, 15 MEI 25 – Harga seunit MyKiosk Madani di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bernilai hampir RM35,000 seunit menerima kritikan ramai.

Banyak pihak mempersoalkan harga kiosk untuk peniaga itu yang dianggap tinggi, dengan perbandingan dibuat dengan rumah projek perumahan rakyat (PPR) di zaman Datuk Seri Najib Razak yang bernilai antara RM30,000 hingga RM40,500 sebuah — lengkap dengan bilik, tandas dan kemudahan asas.

Rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana struktur sekecil itu boleh menelan belanja sedemikian, malah ada yang menyindir kiosk berkenaan mungkin diperbuat daripada emas.

Memetik laporan thereporter.my, kenyataan menteri sebelum ini, kos setiap unit ialah RM25,000 tapi bajet yang diumumkan berjumlah RM250 juta sudah dibelanja untuk 7,213 unit, dengan kos purata sekitar RM34,660 setiap unit.

Perbandingan yang dibuat adalah pentadbiran Barisan Nasional zaman Najib kerajaan mampu bina dan jual sehingga 80,000 unit rumah PPR dengan harga hanya antara RM30,000 hingga RM40,500 sebuah.

MyKiosk pula dilaporkan kurang mendapat sambutan daripada peniaga tempatan dengan rungutan yang diterima adalah lokasi yang dikatakan tidak strategik dan jauh dari kawasan tumpuan orang ramai.

Malah, ada peniaga lebih memilih untuk kekal berniaga di tapak asal kerana kerana mempunyai bilangan pelanggan yang lebih baik. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share