
KUALA LUMPUR, 4 Jun 25 – Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berada di Iran menyambut ulangtahun penubuhan Republik Islam Iran.
Dalam satu kenyataan, bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata beliau akan turut menyambut aidiladha di negara berkenaan.
“sekarang di Iran, balik (Malaysia) 12 jun, raya aidil adha di Isfahan Iran.
“(Saya) menghadiri perayaan 36 tahun pemergian pemimpin Revolusi Iran, Imam Ayatullah Khomeini dan tertubuhnya Republik Islam Iran dari 3 hingga 6 jun,” katanya ringkas.
Ibrahim turut mengatakan beliau berada di Iran atas jemputan kerajaan negara tersebut. @Politiko.My