Rakan KKM : Natijah dari Peruntukan Kesihantan Yang Masih Rendah

Ketika ini, rakyat sedang hangat membincangkan isu Rakan KKM. Apa itu Rakan KKM?

Pada umumnya, Rakan KKM ialah satu inisiatif sukarelawan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditubuhkan untuk menggalakkan penglibatan orang awam dalam membantu memperkasakan sistem kesihatan negara.

Ia bukan program pekerjaan tetap, dan tidak melibatkan gaji. Namun, ia dikritik oleh sesetengah pihak kerana dilihat cuba menutup isu sebenar seperti kekurangan petugas, beban kerja, dan isu gaji atau elaun pegawai kesihatan.

Ringkasnya, Rakan KKM ialah inisiatif sukarelawan rakyat membantu sistem kesihatan, tetapi keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana ia menyelesaikan masalah asas dalam KKM.

Kritikan utama dalam program Rakan KKM ini ialah, ia dilihat program meswastakan perkhidmatan kesihatan kerajaan. Pengkritik melihat ia menjadikan urusan kesihatan kerajaan sebagai suatu bentuk perniagaan yang dilihat tidak adil.

Isu ini sebenarnya bermula dari hal dasar lagi. Paling ketara ialah dengan melihat jumlah peruntukan kerajaan kepada KKM atau kepada penjagaan kesihatan rakyat.

Setiap tahun, kerajaan Malaysia membentangkan belanjawan yang semakin besar untuk sektor kesihatan. Pada 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima lebih RM45 bilion. peruntukan kedua terbesar selepas pendidikan.

Walaupun setiap tahun, peruntukan tersebut meningkat, namun pada hakikatnya ia masih rendah dari nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Nisbah ini adalah indikator keperluan peruntukan oleh kerajaan kepada jumlah populasi sesebuah negara.

KDNK ialah jumlah keseluruhan nilai ekonomi negara. Bila kita bandingkan peruntukan untuk kesihatan dengan jumlah KDNK, kita dapat tahu sejauh mana seriusnya kerajaan menjaga kesihatan rakyat.

Untuk rekod, pada 2023 KDNK kita merekodkan RM 1.8 trilion dengan jumlah peruntukan kesihatan sebanyak RM 36 bilion yakni 2%. Pada tahun 2024 pula niasbah KDNK RM 1.9 trilion dengan jumlah peruntukan kesihatan sebanyak RM 41 bilion yakni 2.2 peratus. Dan tahun ini 2025, KDNK kita RM 1.93 trilion dengan jumlah peruntukan kesihatan sebanyak 45 bilion yakni 2.3 peratus.

Sekarang kita lihat perbandingan dengan negara yang populasinya tidak berapa jauh dengan Malaysia iaitu Thailand.

Thailand, sebuah negara jiran dengan pendapatan hampir setara, membelanjakan sekitar 3.8%–4.2% daripada KDNK untuk kesihatan awam setiap tahun. Dari fakta ini saja, kita boleh melihat perbezaan yang ketara dengan perbelanjaan kesihatan kita.

Jangan lupa, sejak tahun 2002, Thailand melaksanakan sistem Universal Health Coverage (UHC) dengan pembiayaan yang lebih stabil dan berasaskan cukai.

Ini membolehkan rakyat Thailand mendapat rawatan percuma atau subsidi penuh di hospital kerajaan dan pada masa yang sama, menerusi sistem ini, tempoh menunggu lebih pendek dan paling ketara ialah, kadar kebergantungan pada sektor swasta semakin menurun yakni berkurang.

Jadi, persoalannya, kenapa sistem kesihatan kita masih dilihat keciciran berbanding negara jiran?

Kerana masalah dasar dan keprihatinan kerajaan menyediakan dana yang mencukupi. Kesan dari masalah ini, kerajaan atau mungkin KKM, membiarkan kebergantungan pada sektor swasta.

Masalah ini menjadi lebih rumit apabila berlaku ketirisan sumber yang hilang entah kemana.

Isu gaji rendah, beban kerja berat, penghijrahan doktor ke sektor swasta atau ke luar negara, tak cukup jururawat dan program rakan KKM ini, semua ini adalah natijah dari kelemahan kerajaan sendiri.

Pelaksanaan dasar seperti Rakan KKM dilihat seperti langkah kecemasan, bukan solusi sistemik.

Dengan memahami punca masalah dan kelemahan ini, sepatutnya kerajaan sudah tahu jalan penyelesaiannya. Soalnya, mahu bertindak atau “nanti kita kaji” – lagi.?

Jika Thailand mampu menyediakan sistem kesihatan menyeluruh dengan bajet 4% KDNK, kenapa Malaysia masih terperangkap pada 2%? Adakah kerana kita terlalu sibuk mempertahankan persepsi, atau takut untuk buat keputusan berani? @analitiko

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share