Anwar Cabar Undi Tak Percaya? Rakyat Akan Tunjuk Pada 26 Julai

Ketika sidang Dewan Rakyat kembali bersidang minggu ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi tampil dengan gaya politik retorikal yang sudah sinonim dengan kepimpinannya dengan mencabar pembangkang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya sekiranya mereka benar-benar memiliki sokongan majoriti.

Cabaran Anwar itu, meskipun kelihatan berani, pada hakikatnya adalah satu retorik politik yang telah berulang kali dimainkan sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Hakikat bahawa tiada sebarang usul undi tidak percaya dibenarkan dalam persidangan kali ini menggambarkan dengan jelas bahawa “cabaran” itu bukanlah ruang sebenar yang terbuka, tetapi lebih kepada permainan persepsi.

Lebih ironi, beliau turut menyatakan bahawa beliau telah “meminta Speaker agar tidak menghalang” usul berkenaan — satu kenyataan yang seolah-olah menafikan proses dan peraturan tetap Parlimen, di mana kuasa menentukan aturan mesyuarat tidak semudah satu permintaan politik semata-mata.

Realitinya, sebarang usul undi tidak percaya perlu melalui pelbagai penapisan dan keizinan sebelum dapat dibentangkan. Dengan kawalan yang ketat oleh kerajaan ke atas agenda Parlimen serta hubungan rapat antara eksekutif dan Speaker, adalah tidak wajar untuk menggambarkan Parlimen sebagai medan terbuka untuk mencabar kepimpinan kerajaan secara adil.

Namun, jangan lupa, sebelum PMX mencabar pembangkang untuk mengusulkan undi tak percaya di dewan rakyat, rakyat sendiri telah membuat usul undi tak percaya kepadanya pada perhimpunan Turun Anwar yang akan berlangsung pada 26 Julai ini.

Sekiranya Anwar benar-benar mahu melihat usul tersebut, beliau sewajarnya memberi laluan dan jaminan agar perhimpunan Turun Anwar dilindungi oleh pihak berkuasa dan beliau harus menarik balik sekatan kepada penjawat awam dari menyertainya. Inilah usul undi tak percaya yang sebenar jika beliau mahu melihatnya.

Tarik balik apa jua sekatan kepada penjawat awam, alihkan apa jua sekatan trafik awam, kita mahu ombak ‘undi tak percaya’ kepada Anwar ini dilihat oleh Anwar, rakyat Malaysia dan warga dunia.

Sebaliknya, arahkan pihak berkuasa untuk membantu dan menyelia perhimpunan ini, baik dari aspek trafik dan keselamatan.

Inilah cabaran kita kepada Anwar, jikalau dia benar-benar ikhlas mahu melihat usul undi tak percaya kepadanya.

Perlu semua ingat, hak berhimpun adalah hak yang dilindungi oleh perlembagaan. Dan Anwar sebagai pendukung demokrasi tulen, harus menggalakkan lagi rakyat meraikan demokrasi ini secara aman.

Dan jangan lupa, bukan pembangkang saja mahu Anwar berundur, tetapi rakyat mahu beliau letak jawatan.

SEKIAN

Za’aba Ibrahim – pengkritik politik

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Sandiwara Politik

Keadaan ini seolah-olah menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, kerana usaha menunjukkan kekuatan akhirnya mendedahkan kelemahan dalaman.
Read More
Total
0
Share