
KUALA LUMPUR, 24 Jul 25 – Aktivis Politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan peguam negara mahu pun hakim apabila mengatakan Tun Mahathir bersalah dalam isu Pulau Batu Puteh.
Beliau berkata, perdana menteri tidak faham undang-undang dan mencampuri urusan tersebut adalah satu pelanggaran undang-undang.
“PMX tidak faham undang-undang dan apa yang dilakukan olehnya adalah bercanggah dengan hukum undang-undang negara.
“Beliau bukan seorang peguam negara ataupun hakim untuk menyatakan samada Tun Dr Mahathir Mohamad bersalah atau tidak dalam kes Pulau Batu Putih. Katanya.
Semalam, media melaporkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen menyatakan bahwa Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut.
Dalam ucapan yang sama, Anwar menyatakan dengan jelas bahawa Mahathir bersalah, namun memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan.
Dalam perkembangan yang sama, Khairuddin juga mendakwa laporan Suruhanjaya Siasatan diRaja dijalankan secara tidak profesional dan mempunyai unsur-unsur penipuan.
“Yang lebih pelik laporan ‘RCI’ yang penuh dengan unsur-unsur penipuan menyebabkan banyak mukasurat-mukasurat dalam laporan ‘RCI’ telah dipadamkan.
“Laporan ‘RCI’ hakikatnya adalah amat tidak telus serta tidak peofessional. Ujarnya.
Isu ini turut diulas oleh mantan timbalan Menteri, Hanipa Maidin yang mengatakan bahawa Anwar membuat kesilapan ketika menjawab soalan parlimen apabila mendakwa Mahathir bersalah dan memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.