
KUALA LUMPUR, 31 Jul 25 – Penangguhan kenaikan 10 tol lebuhraya seperti diumum kerajaan baru-baru ini hanya berkuatkuasa untuk tahun 2025 sahaja, kata menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Nanta berkata, kerajaan tidak merancang untuk merunding semula perjanjian konsesi tol secara menyeluruh buat masa ini.
Walaupun kerajaan katanya boleh berunding dengan syarikat konsesi lebuh raya untuk menangguhkan kenaikan kadar tol, kerajaan perlu membayar pampasan sebagai gantinya
“Itu saya dah beritahu, untuk yang diumumkan, penangguhan ini untuk tahun 2025 sahaja,” katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan penangguhan kenaikan kadar tol yang dijadualkan tahun ini bagi 10 lebuh raya demi meringankan beban rakyat. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.