SURAT: Jika Anwar Ada Sokongan 2/3, Tak Perlu Takut Sahut Cabaran Tun M

Anwar Ibrahim kalah dalam PRU15 tetapi kerana konspirasi mereka yang melanggar ‘sumpah laknat’ menipu Tuhan telah berjaya menubuhkan kerajaan ‘rojak’ yang kini sedang merosakkan negara.

Parlimen tidak melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tak perlu untuk Wakil-Wakil Rakyat Pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadap PMX melalui Dewan Rakyat.

Kalau Anwar Ibrahim anak jantan beliau harus sahut cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad agar PMX bubar parlimen untuk serahkan semula kepada rakyat buat keputusan bagi memilih kerajaan baru.

Seandainya Anwar Ibrahim kata beliau kini kuat mempunyai sokongan 2/3 Ahli-Ahli Dewan Rakyat maka tak perlulah beliau merasa takut untuk bubar parlimen dan umumkan PRU16.

Jangan hanya menjadi jaguh untuk memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad serta keluarga di seluruh dunia tetapi pada hakikatnya takut untuk berdepan dengan kuasa rakyat.

Perdana Menteri Malaysia pada hari ini tidak mempunyai misi dan visi untuk membangunkan semula negara tetapi hanya mampu menabur fitnah ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad serta keluarga saja bagi mengalih pandangan kelemahan pentadbiran atau kepimpinannya.

Beliau tidak mempunyai kebolehan untuk memimpin negara sebab itu kini keseluruhan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan sengsara dibelenggui oleh kos sara hidup yang amat tinggi.

Khairuddin Abu Hassan , ADT Muafakat Nasional

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Adakah Ketua Pembangkang Dipilih oleh MP atau Parti?

Sangat penting. Bayangkan jika Ketua Pembangkang tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat Pembangkang, maka segala arahan dan ketetapan Ketua Pembangkang tidak akan dipatuhi dan ini akan menyebabkan kacau bilau dalam usaha menyemak dan imbang kerajaan.
Read More

GLIC, GLC Wajib Proaktif

Saya akui yang GLIC dan GLC telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan latihan dalam sektor korporat kepada Bumiputera. Tetapi sumbangan ini boleh diperbesarkan jika GLIC dan GLC mengambil peranan proaktif dalam syarikat swasta yang mereka mempunyai pegangan saham.
Read More
Total
0
Share