Mansuh AUKU Antara Perancangan PN Jika Kembali Sebagai Kerajaan

KUALA LUMPUR 7 Ogos 25 – Memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) adalah antara perancangan Perikatan Nasional (PN) sekiranya kembali menguasai kerajaan, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, akta berkenaan akan digantikan dengan satu perundangan baharu yang lebih baik komprehensif.

“Menggantikan AUKU dengan perundangan baru yang lebih baik dan komprehensif,” katanya, ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Pengerusi portfolio pendidikan PN itu menjelaskan, ia merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang komprehensif yang akan dibangunkan PN sebagai kerajaan kelak.

Dalam komponen perundangan, dana dan governans, pelan tersebut kata bekas menteri pengajian tinggi itu, akan  memperkasa kepimpinan agensi dan institusi pendidikan.

“Dari segi kelayakan, universiti seharusnya dipimpin oleh tokoh yang terkanan dalam disiplinnya.

“Dari segi ‘succession plan’, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) seharusnya memegang jawatan itu untuk tempoh masa yang sesuai, contohnya, tiga tahun bukannya seperti yang berlaku antara Jan 2020 hingga 7 Jul 2025 – ada lima KPPM,” kata Saifuddin lagi.

Malah pelan itu juga bakal memperuntukkan unjuran atau pengiraan peratusan perbelanjaan negara dan ibu bapa bagi setiap peringkat pendidikan, iaitu pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT; dan ia dibentang dalam bajet tahunan.

Selain itu, Saifuddin turut mencadangkan pelan itu nanti mengadakan insentif cukai yang kreatif kepada alumni. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share