
KUALA LUMPUR, 10 Ogos 25 – Tokoh wartawan, Datuk A. Kadir Jasin mengingatkan bahawa satu kuasa baru yang perlu ditakuti oleh mereka yang cuba menyalahgunakan kuasa dikalangan elit politik dan agensi penguatkuasa.
Menurutnya, kuasa baru tersebut tidak boleh disogok atau dikawal sepertimana yang dilakukan ke atas elit politik, agensi penguatkuasa dan media arus perdana.
“Tiada siapa yang terkeluar atau terlepas daripada intipan dan pendedahan warganet ini – daripada samseng jalan raya kepada Perdana Menteri dan penghuni istana.
Kadir juga berkata bahawa mereka tidak boleh lagi menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya dan berharap selamat daripada intipan dan pendedahan.
“Mereka boleh mencuba dengan menyogok elit politik, birokrasi malah agensi-agensi penguatkuasaan sekali pun.
Kadir turut mengulas bahawa kuasa tersebut sedang berlaku di mana baru-baru ini, kempen keadilan untuk Almarhum Zara Qairina Mahathir, 13 tahun menjadi manifestasi terbaru solidariti warganet ini.
“Tanpa ketua, penganjur atau organisasi, solidariti ini berjaya mengembleng ribuan orang untuk turun ke jalan raya bagi mengadakan tunjuk perasaan aman, di Tawau, Sabah. Katanya.
Tambah Kadir, kuasa warganet ini sekaligus telah mempersoalkan kewibawaan sistem moral masyarakat sekaligus mempersoalkan kewibawaan sistem moral masyarakat, keselamatan di sekolah, profesionalisme Polis Diraja Malaysia dan budibicara Pejabat Peguam Negara.
“Ia juga mencabar kemampuan dan kebolehpercayaan sistem maklumat rasmi. Katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan ribuan orang menghadiri himpunan solidariti buat Zara Qairina di beberapa lokasi di negeri ini pada malam Jumaat lalu.
Peserta himpunan melaungkan slogan menuntut keadilan kepada Zara. Difahamkan, himpunan serupa turut diadakan secara serentak di beberapa lokasi lain termasuk di Lahad Datu dan Tawau. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.