Adakah Ucap Tahniah Dan Rai Meritokrasi Itu Salah, Soal Che Gubard

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 25 — Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan laporan polis terhadapnya disebabkan hantaran berkenaan ‘ucapan tahniah’ atas pelantikan Datuk M Kumar dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che Gubard berkata, hantaran itu sekadar memuji konsep Malaysian Malaysia yang diterima rakyat Malaysia.

“Beginilah seharusnya lantikan berdasarkan profesional dan meritokrasi ini juga seperti mana dicita cintakan konsep Malaysian Malaysia, siapa profesional dia yang naik.

“Saya jadi keliru. Di mana salah saya,” kata Che Gubard, dalam sidang media hari ini.

Jelasnya, pihaknya sendiri keliru atas alasan apa dirinya disiasat susulan hantaran tersebut

“Adakah mengucap tahniah itu salah atau menyatakan rakyat Malaysia menerima konsep Malaysian Malaysia itu salah.

“Persoalan penting kalau ucap tahniah itu salah. Keluar kenyataan kerajaan tak benarkan mana-mana orang sering kritik kerajaan ucap tahniah, senang.

“Atau mereka malu bila Malaysian Malaysia mula dihayati rakyat Malaysia. Di mana salahnya, saya pun tak faham, saya keliru,” katanya.

Sebelum ini, Che Gubard ada membuat hantaran di facebook beliau yang mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk M Kumar Muthuvelu sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share