Jepun ‘Tidak Gembira’ Dasar Pandang Ke Timur Libat China, Dakwa Bersatu

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 25 — Seorang Ahli Parlimen Bersatu mendakwa kerajaan Jepun tidak gembira peluasan Dasar Pandang Ke Timur kini membabitkan China.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa, langkah itu ibarat membunuh diri sendiri sekiranya ia dilaksanakan.

“Ia akan menjadi tindakan ‘bunuh diri’ untuk hubungan kita dengan Jepun.

“Saya minta jangan sokong dasar ‘Kerjasama dengan Timur’…mereka tidak akan beritahu anda, tapi saya akan beritahu, mereka tidak suka,” dakwa pengerusi biro antarabangsa Bersatu itu lagi.

Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian ketika mencelah ucapan penggulungan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz

Beliau turut mendakwa, usaha untuk memasukkan China juga berpunca daripada dendam peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya cuba memadam legasi  bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang memperkenalkan dasar itu lebih empat dekad lalu ketika kali pertama menjadi perdana menteri.

“China tidak memerlukan dasar sedemikian untuk terus bekerjasama dengan kita, jadi tidak perlu korbankan hubungan baik kita (dengan Jepun)  hanya semata-mata kerana dendam Tambun (Anwar) untuk memadam legasi Mahathir.

“Saya bimbang hubungan baik dengan Jepun akan musnah hanya kerana dendam,” katanya.

Kebimbangan sama katanya turut dibangkitkan ketika ucapan penggulungan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Disember tahun lalu, sewaktu lawatan ke Jepun, Anwar berkata “apabila kita menyebut ‘Pandang ke Timur’ ia adalah Timur (termasuk China),” katanya seperti dipetik oleh akhbar Jepun itu.

Pada Julai tahun ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Dasar Pandang ke Timur dahulu kini digantikan dengan ‘Kerjasama dengan Timur’. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share