EXCO Beri Kerjasama Penuh Dalam Siasatan

KUALA TERENGGANU | 25 Feb 26 – Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Hanafiah Mat menegaskan beliau memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang dijalankan terhadap dirinya.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau memaklumkan bahawa sejak peringkat awal siasatan, beliau bersama pasukannya telah menyerahkan segala dokumen yang diperlukan serta hadir memberikan keterangan tanpa pernah mengelak daripada proses undang-undang.

Menurutnya, siasatan tersebut bukan perkara baharu kerana ia telah bermula sejak beberapa tahun lalu dan sepanjang tempoh itu beliau sentiasa bersikap terbuka serta memberi kerjasama penuh kepada pihak penyiasat.

“Saya berpegang teguh kepada prinsip bahawa setiap individu berhak mendapat keadilan dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah,” katanya.

Hanafiah turut mengakui bahawa dalam suasana politik semasa, pelbagai persepsi dan spekulasi boleh timbul, namun beliau memilih untuk tidak mengulas perkara yang bersifat spekulatif dan menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan.

Beliau berkata rakyat mampu membuat penilaian secara adil berdasarkan fakta tanpa dipengaruhi persepsi tidak berasas.

Tegasnya, fokus beliau kekal kepada amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat, dan beliau akan terus melaksanakan tugas dengan penuh integriti. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share