Pembangkang Malas, Kata Rafizi

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 25 – Tugas yang renyah, perlu membina kes dan naratif yang kuat untuk satu-satu isu membuatkan pembangkang gagal memainkan peranan yang baik disebalik kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bekas menteri ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, pembangkang hari ini gagal mengolah emosi rakyat untuk menjadi kepada mereka sekaligus menyebabkan sokongan terhadap mereka mendatar.

“Pembangkang ini malas. Saya perhati mereka ini, sebenarnya sebarang isu nak dibawa bagi dia hanya menyebut (kemudian dia fikir) dah buat kerja… bukan macam itu.

“Kerjanya banyak. Semak satu-satu, bina kes. Kalau kita tak setuju dengan dasar, bukan sahaja kenapa tidak setuju, kena beritahu kenapa, apa alternatif,” katanya, dalam siaran audiosiar Yang Bukan Menteri.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Perikatan Nasional (PN) belum sampai tahap untuk menjadi pembangkang yang berkesan.

“Pembangkang tak sampai peringkat itu. Mainan dia satu, sebut sahaja dengan harapan orang marah.

“Saya lihat antara 2024 hingga awal 2025 sokongan pembangkang dah mendatar, sebab banyak boleh ekstrak dari emosi tapi skrip sama, lama-lama orang bosan.

“Kalau saya pembangkang masaklah kerajaan sekarang,” kata bekas timbalan Presiden PKR itu lagi.

Jun lalu, Rafizi Ramli, meletak jawatan beliau daripada Jemaah Menteri selepas tewas dalam pemilihan PKR dimana beliau gagal mempertahankan kedudukan sebagai Timbalan Presiden PKR. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share