Si Pondan Reka Cerita Palsu Burukkan Hamzah, Kata Ketua Bahagian

KUALA LUMPUR, 5 Sep 25 — Gerakan memburukkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin adalah terancang dan tersusun dari dalaman Bersatu sendiri, dakwa seorang ketua bahagian.

Ketua Bahagian Bersatu Ampang Mohd Isa Mohd Saidi mendakwa, semua tulisan tanpa nama itu membawa mesej yang sama, iaitu menyerang timbalan presiden Bersatu itu tanpa menyentuh pemimpin lain dalam parti.

“Tidak ada pula serangan ditujukan kepada tokoh-tokoh lain dalam parti, seperti contohnya Setiausaha Agung Datuk Seri Azmin Ali, Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, atau Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dan ia disebarkan dalam kumpulan-kumpulan whatsapp penyokong Bersatu oleh mereka yang telah ada dalam kumpulan itu , yang menyebabkan ramai berpandangan sumbernya ialah gerakan tersusun oleh orang dalam parti sendiri,” katanya.

Pihaknya bagaimanapun tidak menolak kemungkinan hanya terdapat segelintir kecil pihak yang menyebarkan surat layang memburukkan Hamzah itu.

Katanya, gerakan itu tidak berani menonjol kerana tidak bergerak atas dukungan akar umbi.

“Usaha-usaha membawa kelakuan songsang menyebarkan surat layang untuk memburukkan Hamzah tidak akan berjaya dan mesti dipatahkan.

“Bilangan musuh pengecut ini kecil, dan mereka tiada sokongan akar umbi. Sebab itulah mereka sembunyikan identiti diri.

“Hanya mereka yang tidak kenal budaya dalam Bersatu saja akan percaya dengan cerita-cerita palsu yang disebarkan oleh pondan-pondan yang tidak berani menulis nama sendiri,” katanya, dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beliau yakin ramai lagi ketua bahagian Bersatu tidak berganjak daripada memberi sokongan padu kepada Hamzah sebagai pemimpin parti.

“Kami semua pilih secara sah dalam pemilihan tahun lepas selepas beliau dinamakan oleh presiden kami.

“Semua usaha ini adalah untuk memecah belahkan parti kerana mereka melihat kepimpinan Hamzah di Parlimen yang semakin menyerlah dan semakin berkemampuan untuk menjadi pemimpin nombor satu parti,” katanya lagi.

Baru-baru ini, tular beberapa mesej yang dikongi dari pelbagai kumpulan whatsapp yang mendakwa terdapat usaha pihak tertentu untuk menaikkan Hamzah Zainuddin sebagai pengganti Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin pada masa yang sama menegaskan bahawa sebarang dakwaan tanpa sumber sahih tidak wajar dijadikan asas untuk menimbulkan syak wasangka atau perpecahan dalam parti. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share