
KUALA LUMPUR, 3 Jun 25 – Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya menyemak semula kesnya di mahkamah, kata Afandi Zainal, atau lebih dikenali sebagai Jebat Derhaka.
Katanya, Anwar perlu membersihkan namanya, yang masih lagi dilihat sebagai bekas banduan untuk kes liwat.
“Bila dia naik menjadi perdana menteri kenapa dia kena buat semakan semula kes dia. Sampai satu masa, contoh perdana menteri lain dimakan di makam pahlawan, Anwar kalau tak buat semakan semula macam mana nak dimakankan di makam pahlawan jika dia meninggal.
“Imej dia banduan kes liwat. Kalau tidak(buat semakan semula) itu jadi isu untuk jangka masa panjang,” katanya, dalam sesi audiosiar Khabarnya yang dihoskan oleh dua orang wartawan kanan, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman.
Malah, Jebat berkata, sekiranya Anwar benar-benar memperjuangkan keadilan seperti yang dilaungkannya, wajar juga untuk beliau memikirkan tentang rakan banduannya.
“Bila Anwar bercakap tentang keadilan, dia kata dia sangat memahami tentang erti penganiayaan, sepatutnya benda pertama dia tengok apabila dia keluar penjara dia lihat banduan-banduan itu balik.
“Di penjara berapa banyak orang kalah di mahkamah. Dalam penjara bukan ramai orang bersalah tapi kalah di mahkamah. Tak semestinya bersalah . Itu benda pertama Anwar kena tengok,” katanya.
Jebat sebaliknya melihat kata-kata Anwar berkenaan keadilan sekadar retorik semata-mata.
“Ini bukan tentang keadilan, itu hanya cogan kata nak menyedapkan telinga rakyat.
“Bercakap tentang keadilan, menentang birokrasi, kronisme, nepotisma, kronisme, ini semua tak berlaku bila dia pegang kuasa,” katanya lagi. @politiko.my