Pertahan Keputusan Jemput Trump, Malaysia Ada Strategi, Kata Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Sep 25 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan Malaysia menjemput bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN, dengan berkata jemputan itu sebahagian daripada strategi negara untuk terus membangkitkan isu Palestin dalam arena antarabangsa.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau menjelaskan bahawa Malaysia tidak hanya bertindak atas dasar hubungan dua hala semata-mata, tetapi menggunakan kedudukan sebagai pengerusi ASEAN bagi memberi ruang dialog kepada pemimpin dunia termasuk Trump.

“Malaysia perlu bijak menggunakan platform ini untuk terus menyuarakan isu Palestin,” kata beliau.

Beliau juga menyebut bahawa kehadiran Trump tidak bermaksud Malaysia menyokong semua dasar Amerika Syarikat, tetapi ia adalah peluang untuk menyampaikan suara ASEAN.

“Kita akan membawa keberanian diplomasi, bukan tunduk kepada tekanan,” ujar Anwar.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut mempertahankan dan menegaskan bahawa jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia bukanlah atas kapasiti negara secara bersendirian, tetapi mewakili mandat sebagai pengerusi ASEAN ketika ini.

“Platform ini memberi ruang kepada negara-negara ASEAN menyampaikan pandangan mereka,” tambahnya.

Baru-baru ini, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan untuk membatalkan jemputan ke atas Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN yang dipengerusikan oleh Malaysia.

Menurut beliau, tindakan itu perlu diambil kerana Trump dianggap sebagai pendukung utama jenayah kemanusiaan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin. Katanya, sejak Oktober 2023 lebih 70,000 rakyat Palestin termasuk 20,000 kanak-kanak terkorban dalam serangan tentera Israel yang disokong Amerika Syarikat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share