
KUALA LUMPUR, 30 Jul 25 – Pembangkang disaran mengemukakan dasar dan polisi alternatif bagi membuktikan mereka benar-benar berupaya menjadi pengganti kepada kerajaan, kata Ideas.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ideas Aira Azhari berkata, setakat ini tiada hala tuju jelas yang dibawa pembangkang dari aspek pentadbiran negara.
“Ada betulnya pembangkang dari segi dasar dan polisi kita tak nampak apa alternatif pembangkang nak bawa dari segi pentadbiran, dasar baru negara tak nampak lagi.
“Platform yang paling penting pembangkang gunakan adalah di Parlimen,” katanya, kepada politiko.my.
Pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada Khamis depan perlu digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang.
“Khamis ini ada pembentangan RMK13 harapan saya pembangkang akan terlibat dalam perbahasan, perbincangan RMK13 kita akan lihat apa pembangkang nak bawa,” katanya.
Pembangkang katanya perlu mencari penyelesaian isu kos sara hidup dan kadar gaji dan upah.
“Isu kos sara hidup dan gaji. Kos sara hidup tinggi dan terutamanya gaji graduan muda tak setimpal kelayakan, ‘under employed’…ijazah kejuruteraan tapi bawa Grab.
“Solusinya tak boleh jangka pendek kena ada jangka panjang, cipta peluang pekerjaan baik untuk rakyat Malaysia,” tambahnya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.