PAS Syor Yussoff Saman Untuk Bersihkan Nama Polis

KUALA LUMPUR, 12 Jun 25 – PAS menyarankan agar bekas pembantu penyelidik kepada ahli politik Yusoff Rawther menyaman pihak polis  dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang membebas dan melepaskannya dari tuduhan memiliki kanabis dan pistol tiruan.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, saman itu juga boleh membersihkan nama dan integriti pasukan polis berikutan dakwaan penganiayaan terhadap Yusoff.

“Mahkamah buktikan beliau dizalimi dengan perangkap yang dipasang awal. Saya syorkan beliau saman pihak polis dan KDN sekaligus supaya dapat dibongkarkan siapa yang keluarkan arahan untuk letakkan kanabis dan pistol palsu itu.

“Jangan kerana arahan sebegini, rosak nama polis yang sangat komited selama ini. Bersihkan nama institusi kepolisan negara!,” kata Fadhli, dalam kenyataan di media sosial.

Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, terdapat pelaku dan dalang disebalik arahan yang dikeluarkan untuk menganiayai Yusoff.

“Tidak logik kanabis itu datang turun dari langit, dari mana ia datang, mesti ada tangan yang meletakkan.

“Tentu ada pihak yang keluarkan arahan. Yusoff boleh saman. Saya yakin polis sendiri tidak mahu bersekongkol dengan tindakan zalim ini,” katanya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share