Tengku Zafrul Dilantik Pengerusi MIDA

KUALA LUMPUR, 4 DIS 25 — Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz memulakan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk tempoh dua tahun bermula Rabu, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, Tengku Zafrul turut akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan.

“Selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” kata kenyataan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Tengku Zafrul menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) selaras dengan tamatnya tempoh beliau sebagai Senator.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan Tengku Zafrul sepanjang menerajui MITI, MIDA dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

“Peranan Tengku Zafrul dalam mengemudi MITI, MIDA dan MATRADE sangat membanggakan,” kata Anwar.

Tengku Zafrul sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Kewangan pada Mac 2020 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan, pelaburan serta pembangunan ekonomi negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

RCI: TH Sebenarnya Rugi RM1.4b, Bukan Untung RM3.4b

"Suruhanjaya mendapati beberapa perkara yang dilaporkan oleh PwC dalam financial review tersebut adalah benar. Sekiranya piawaian Malaysian Financial Report Standard (MFRS) diguna pakai sepenuhnya bagi tahun kewangan 2017, LTH sepatutnya merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.4 bilion berbanding keuntungan RM3.4 bilion seperti yang direkodkan dalam Laporan Kewangan 2017.
Read More
Total
0
Share