Penganalisis Cadang “Hamzah–Radzi” Strategi Jalan Tengah Tamatkan Krisis BERSATU

KUALA LUMPUR | 11 Feb 26 – Dalam kemelut kepimpinan yang semakin mencengkam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), penganalisis politik menyifatkan gandingan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Radzi Jidin sebagai strategi “jalan tengah” bagi menyelesaikan konflik dalaman yang semakin melebar, kata seorang penganalis

Memetik laporan FMT, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia dipetik sebagai berkata, gabungan antara Hamzah dan Radzi dilihat boleh mengurangkan sedikit ketegangan dalam parti yang berdepan konflik berpuak, namun ia bukan solusi yang mampu menyelesaikan konflik yang sebenar-benarnya merosakkan struktur kepimpinan BERSATU.

Kenyataan penganalisis itu muncul ketika fokus politik kini tertumpu kepada keterasingan Muhyiddin dalam kem sendiri, di mana beliau gagal memimpin parti dengan konsensus sebaliknya bergelut mengekalkan kedudukannya di tengah pergeseran dalaman yang semakin sengit.

Tindakan parti memanggil Ketua Pembangkang dan Timbalan Presiden BERSATU, Hamzah Zainudin, ke hadapan lembaga tatatertib minggu ini telah menonjolkan dua kem yang bertembung – antara penyokong Muhyiddin dan mereka yang ingin melihat perubahan dalam kepimpinan.

Penganalisis politik menyifatkan bahawa strategi menggandingkan Hamzah dengan Radzi, walaupun dilihat sebagai persediaan “tenangkan keadaan parti”, tidak mampu merungkai isu fundamental – kehilangan keyakinan ahli terhadap Muhyiddin sebagai Presiden.

Ini termasuk dakwaan kekurangan semangat kepimpinan untuk menyatupadukan parti serta kebergantungan kepada mekanisme disiplin sebagai alat politik dalaman.

Perkembangan terbaru ini mencerminkan bahawa konflik dalam BERSATU bukan sekadar perbezaan strategi atau pendekatan, tetapi pertarungan kuasa yang boleh memecahbelahkan parti dan memberi implikasi besar kepada masa depan Perikatan Nasional menjelang pilihan raya akan datang. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share