SYED HASSAN (SH) : Yang membuat pendedahan mengenai usaha Hamzah untuk membawa Bersatu kepada UMNO, kepada PN bersama BN — begitulah dakwaannya.
Soalnya satu perkara: jika ini dianggap satu perkara yang jahat dilakukan oleh Hamzah terhadap Bersatu, tetapi kalau Bersatu tidak mahu penyatuan Melayu, maka Bersatu lebih jahat kerana NGO melihat Melayu perlu bersatu. Penyatuan Melayu mesti dilakukan untuk menempuh PRU ke-16.
Kita tidak mahu DAP lagi memerintah. Jadi, apa yang mereka takut sangat kalau Hamzah mahu berunding dengan UMNO dan PAS untuk bekerjasama? Apa masalahnya?
Inilah yang NGO-NGO mahukan. Inilah yang orang Melayu mahukan. Mengapa ada pihak yang tidak mahu?
Adakah dia sedar ada juga pihak dalam Bersatu yang mahu membawa Bersatu atau PN bekerjasama dengan PH? Orang Melayu mahu bersama siapa? Orang Melayu mahu bersama parti-parti Melayu. Orang Melayu mahu PAS, UMNO dan Bersatu bergabung supaya berlaku pertandingan satu lawan satu dengan PH.
Tetapi jika ada pihak mahu membawa Bersatu bekerjasama dengan PH, ini sudah luar tabii.
Berpatah balik bekerjasama dengan DAP — siapa mahu ikut? Bila ada parti lain mahu bawa kerjasama dengan DAP, kita tahu. Kalau mereka mahu tuduh Hamzah, kita pun boleh tuduh. Dan dengar kata memang mungkin ada usaha untuk memecahkan Hamzah. Mereka tidak buang mana-mana yang menentang pihak “Tim A”.
Apa tujuan mereka?
Supaya mereka boleh buat keputusan dengan mudah. Kalau mereka mahu bawa PN bersama PH dan Anwar Ibrahim, maknanya mereka mahu tolak PAS keluar daripada PN.
Silakan. NGO-NGO Melayu akan ucap terima kasih. Biarlah PAS bersendirian bersama tim-tim Hamzah. Kalau Hamzah kena pecat, bergabunglah dengan payung besar Melayu bersama Tun.
Kita bergerak dengan payung besar Melayu. Soal logo kemudian kita bincang. Hamzah memimpin payung besar Melayu ini, dengan keadaan Tun yang tidak berapa sihat. Hamzah memimpin, insya-Allah Melayu akan bergabung.
Melayu akan bersatu dan ajak sekali UMNO. Saya mahu ingatkan, Guru Haji Hadi Awang dalam mesyuarat payung besar Melayu pernah mengingatkan supaya kita tidak boleh tinggalkan UMNO. Tok Guru sendiri cakap dalam mesyuarat.
Tetapi ada pemimpin lain dengan bangga berkata, “Oh kita dah ada parti-parti kecil bersama, dah ada dua tiga parti kecil bersama IPR, kononnya duduk bawah PN. Kita dah terjamin undi Melayu. Kita cuma perlukan sedikit undi bukan Melayu.”
Ini akan hilang terus undi Melayu. Percayalah, kalau Bersatu mahu bersama PH, Bersatu akan hilang semua kerusi.
Saya percaya dakwaan keburukan terhadap Hamzah ini berlebihan. Walaupun orang tidak nampak ketokohan beliau kerana belum pernah jadi ketua negara atau timbalan, majoriti orang politik senang dengan Hamzah. Semua pihak senang dengan Hamzah.
Saya cakap kepada Datuk Seri Hamzah, kalau mereka mahu pecat, Alhamdulillah, saya syukur.
Terpulang kepada Datuk Seri mahu buat macam mana untuk masa depan politik. Kita akan tetap bersama kumpulan besar daripada PN dan PAS. Kita akan bersama, insya-Allah.
Mana-mana parti yang sombong, yang bekerjasama dengan tokoh-tokoh luar tabii ini, tidak akan ada orang ikut.
Kita dilarang dalam Islam. Allah sudah sebut dalam al-Quran supaya jangan ikut puak-puak songsang dan jangan percaya puak-puak ini kerana mereka sudah termakan anasir luar sejak zaman jadi pembangkang dulu.
SKStudioNow (SK) : Adakah pendapat Pak Syed ini seolah-olah menjawab mengapa krisis pelantikan Pengerusi PN sedikit terbantut dan sengaja dipanjangkan? Seolah-olah tidak mahu PAS memimpin PN kerana jika PAS memimpin, akan berlaku lonjakan lebih besar dan gerakan lebih besar?
Dan seolah-olah mahu meneruskan Tan Sri Muhyiddin walaupun sudah meletak jawatan, serta mahu menghapuskan jawatan Pengerusi PN dan menggantikannya dengan Pengerusi Majlis Eksekutif Presiden?
SH : Sebenarnya, mereka tunggu masa untuk menghilangkan pengaruh Hamzah dalam Bersatu. Majoriti pimpinan tertinggi Bersatu adalah penyokong Hamzah. Sebenarnya bukan penyokong Hamzah sahaja, penyokong Tan Sri juga pada peringkat awal. Tetapi ada pihak yang menjadi “kaki cucuk” dan mempengaruhi Tan Sri. Maka mulalah kelihatan perebutan kuasa dalam Bersatu.
Jika mereka berjaya mengurangkan pengaruh Hamzah di peringkat pusat, mereka akan buat keputusan — termasuk siapa nombor dua dan siapa boleh duduk dalam mesyuarat peringkat PN.
Kononnya PAS dibimbangi akan menyebabkan kaum lain hilang kepercayaan terhadap PN. PAS faham keadaan ini. Tetapi Hamzah tentu tidak akan disokong oleh pimpinan Bersatu untuk ambil alih jawatan pengerusi, walaupun majoriti pimpinan dalam PN mahukan Hamzah.
Jadi apabila orang lain dinaikkan, orang itulah yang akan jadi Pengerusi PN.
Inilah yang sedang diusahakan — untuk mengurangkan pengaruh Hamzah.
Saya sebagai pemimpin NGO, walaupun dikatakan sibuk dengan parti, tetap akan masuk campur kerana kita mahu pembangkang yang kuat.
Zaman Najib dulu pun orang masuk campur dan tekan supaya Datuk Seri Najib berundur untuk beri laluan kepada pengganti baharu menghadapi PRU ke-14 tahun 2018. Tetapi beliau tetap mahu pegang hingga PRU 2018 — akhirnya lingkup.
Perkara sama boleh berlaku kepada Bersatu. Kalau masih mahu pegang jawatan, kita yang rugi. Orang Melayu yang rugi. Banyak kerusi akan hilang. Sabotaj dalam parti sendiri akan berlaku. Calon-calon parti sendiri akan jadi mangsa.
Habis kalah teruk PN. PH akan berkuasa. DAP bertambah kerusi. PAN bertambah kerusi. PKR bertambah kerusi. Mereka akan seronok buat perubahan dalam negara. Habis hancur Melayu.
Saya boleh cakap Melayu akan hancur. Sebab DAP boleh kata kalau PAS memerintah, kaum Cina akan hancur. Jadi kenapa kita tak boleh cakap kalau DAP memerintah, orang Melayu hancur?
Ini saya tekankan supaya orang Melayu sedar sedikit. Pemimpin-pemimpin Bersatu sedar sedikit. Jangan jadi bodoh politik. Jangan pentingkan diri sendiri.
Itu sahaja. Malas nak cerita pasal Bersatu. Pening kepala.
Transkrip ini berasal dari wawancara Syed Hassan Bersama SKStudioNow yang telah diterbitkan semalam di saluran Youtube SKStudioNow, 11 Feb 26.
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.