
IPOH | 19 Feb 26 – Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus merebak apabila dua lagi bahagian di Perak mengumumkan peletakan jawatan semua barisan kepimpinan, sekaligus terbubarnya bahagian tersebut.
Ketua Bahagian Bukit Gantang, Ahmad Man, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa 17 Februari 2026. Dalam surat rasmi kepada kepimpinan bahagian, beliau memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan perkembangan semasa parti, khususnya melibatkan pendekatan di peringkat kepimpinan atasan yang menurutnya memberi kesan kepada peranan dan keberkesanan kepimpinan di peringkat bahagian.
Beliau turut menyatakan terdapat kekangan tertentu yang menyukarkan pelaksanaan tanggungjawab selaras dengan prinsip dan amanah yang dipegang sepanjang tempoh perkhidmatannya. Sehubungan itu, keputusan berundur dibuat bagi menjaga integriti organisasi serta memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
Sementara itu, barisan kepimpina BERSATU Tanjung Malim mengumumkan peletakan ke semua jawatan peringkat bahagian, cawangan dan sayap parti.
Pengumuman itu juga disusuli dengan tindakan keluar parti beramai-ramai sebagai protes terhadap tindakan kepimpinan BERSATU dan hilang kepercayaan ke atas Muhyiddin Yassin.
Pengumuman ini menyaksikan, keadaan akan berterusan siri pembubaran bahagian-bahagian yang tidak lagi mendukung Muhyiddin, dijangka berterusan. BERSATU dilihat tidak lagi mampu mengekang tindakan protes besar-besaran oleh kepimpinan akar umbi. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.