
KUALA LUMPUR | 12 Apr 26 — Dalam satu kenyataan yang bukan sahaja bersifat defensif tetapi juga menyerang, Hamzah Zainudin secara terbuka mencabar naratif dominan politik semasa: siapa sebenarnya ada sokongan, dan siapa sekadar berpaut pada kuasa.
Ketika menjawab soalan wartawan Sinar Harian, dengan nada tajam, Hamzah menegaskan bahawa politik bukan soal persepsi, bukan soal retorik , tetapi soal angka yang nyata di Parlimen.
“Politics is numbers,” katanya, memberi isyarat bahawa ada pihak yang sedang mempertahankan kedudukan tanpa asas sokongan yang kukuh.
Dalam temubual itu, beliau mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 18 ahli Parlimen sebelum ini bersama beliau, satu angka yang menggugat naratif kestabilan yang cuba dipaparkan oleh kepimpinan BERSATU.
Hamzah secara sinis mempersoalkan kegagalan untuk memecat ahli yang secara terbuka menyokong beliau.
Lebih pedas, Hamzah melontarkan naratif bahawa kepimpinan tertentu tidak berani bertindak kerana takut kehilangan angka sebenar. Dalam logiknya, setiap pemecatan bukan sekadar tindakan disiplin tetapi risiko mendedahkan kelemahan sebenar.
Hamzah turut menyindir retorik pihak tertentu mempersoalkan aktiviti politik beliau.
“Yang kata saya berlegar-legar — sebenarnya kamu yang kecil dan tidak ke mana.”
Baru-baru ini, Muhyiddin Yassin menyelar Hamzah yang terus berlegar-legar menggunakan jawatan ketua pembangkang.
“Sudah tentu tidak wajar orang yang tidak layak masih berlegar-legar menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang. Katanya kepada media. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.