“Dua Mahkamah Setuju, Pendakwa Raya Patut Akur” – Wan Saiful

KUALA LUMPUR | 20 Apr 26 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan menegaskan bahawa pihak pendakwa raya seharusnya akur dengan keputusan mahkamah selepas dua peringkat kehakiman memihak kepada permohonannya untuk mendapatkan dokumen penting bagi pembelaan.

Menurut beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan pendakwa raya yang cuba menghalang penyerahan satu set dokumen penyata bank kepada pasukan pembelaannya.

“Ini bermaksud sudah dua peringkat mahkamah, iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, yang bersetuju membenarkan dokumen-dokumen yang saya minta diberikan kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Saiful berkata, sebelum ini Mahkamah Sesyen turut membuat keputusan memihak kepadanya, namun pendakwa raya bertindak memfailkan rayuan bagi mencabar keputusan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar pihak pendakwa tidak meneruskan tindakan ke peringkat seterusnya.

“Saya harap pendakwa berhenti di sini saja. Janganlah bawa perkara ini ke Mahkamah Rayuan pula. Tak perlu bazirkan dana awam dan lengahkan proses perbicaraan saya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dokumen yang diminta adalah penting dan diyakini mampu membantu membuktikan dirinya tidak bersalah.

“Saya yakin dokumen yang saya minta mengandungi butiran yang boleh membantu membuktikan saya tidak bersalah. Sebab itu saya minta dokumen-dokumen itu,” ujarnya.

Dalam masa sama, Wan Saiful membangkitkan persoalan terhadap tindakan pendakwa raya yang dilihat berterusan cuba menghalang akses kepada dokumen berkenaan.

“Sikap pendakwa raya yang berkeras mahu menyembunyikan dokumen penting ini boleh menyebabkan timbul pula persoalan mengenai integriti mereka sendiri,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa proses keadilan perlu berjalan secara telus dan adil tanpa sebarang halangan.

“Biarkan proses keadilan berjalan seadil-adilnya,” katanya.

Sebelum ini pihak pembelaan dalam kes Wan Saiful, Datuk Amer Hamzah Arshad, meminta beberapa dokumen penyata akaun bank syarikat yang didakwa memberi rasuah kepada beliau, namun pendakwa raya enggan mematuhi keputusan mahkamah sesyen dan bertindak membawa ke peringkat Mahakamah Tinggi.

Namun Hakim Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa dokumen yang dituntut perlu diberikan kepada pihak pembelaan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share