
SEREMBAN | 29 Apr 26 — Umno Negeri Sembilan mendesak supaya sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan segera bagi menamatkan ketidaktentuan politik di negeri itu, sekali gus menolak cadangan penangguhan persidangan selama enam bulan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, tempoh penangguhan terlalu lama boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam pentadbiran kerajaan negeri serta menjejaskan kelancaran urusan kerajaan.
“Jika ditangguhkan sehingga enam bulan, kerajaan akan diurus dalam keadaan tidak stabil dan pelbagai masalah akan timbul,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Beliau berkata sidang khas perlu dipanggil bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku demi kestabilan kerajaan negeri.
“Sidang khas DUN mesti dipanggil dalam masa terdekat,” katanya. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.