PANTUN : Kesan Buruk Pulau Buatan

(Kesan buruk tambak laut)

Gambar hiasan – foto 1Media.my

Bagaimana menangkap ikan,
Ikan ditangkap dengan jala,
Apa guna pulau buatan,
Nelayan merana ekologi binasa.

Ikan ditangkap dengan jala,
Jala dianyam oleh Mak Siti,
Nelayan merana ekologi binasa,
Dek turbiditi yang sangat tinggi.

Jala dianyam oleh Mak Siti,
Bersama jiran rakan dan taulan,
Dek turbiditi yang sangat tinggi,
Oksigen terlarut semakin berkurangan.

Bersama jiran rakan dan taulan,
Bergosip tentang isu semasa,
Oksigen terlarut semakin berkurangan,
Ikan dan udang kian binasa.

Bergosip tentang isu semasa,
Hingga lupa hendak mandi,
Ikan dan udang kian binasa,
Kapitalis untung nelayan rugi.

Hingga lupa hendak mandi,
Entah ke mana fikiran melayang,
Kapitalis untung nelayan rugi,
Pembangunan dilakar tidak seimbang.

Entah ke mana fikiran melayang,
Memikir kelestarian generasi mendatang,
Pembangunan dilakar tidak seimbang,
Tamadun manusia semakin pincang.

Nukilan RIZOL MD ARIFF – Aktivis Alam Sekitar Pulau Pinang

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

POLYCC Raih 6 Pingat di Jerman

pasukan robotik POLYCC yang diwakili oleh enam peserta dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) meraih masing-masing dua pingat emas, perak dan gangsa.
Read More

NASA rai ulang tahun ke-25 ISS

Tepat 25 tahun lepas pada hari Rabu, dua modul pertama Unity dan Zarya disambung menjadi satu. Modul Rusia Zarya dilancarkan ke angkasa kira-kira tiga minggu lebih awal.
Read More
Total
0
Share