Ketua Pembangkang Ahli Parti Berdaftar, Tiada Isu Perkara 49A

KUALA LUMPUR | 22 Jun 26 — Ketua Whip Pembangkang, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat bahawa Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Larut, merupakan ahli kepada sebuah parti politik berdaftar dan bukannya Ahli Parlimen (MP) bebas.

Beliau berkata, kedudukan tersebut tidak menimbulkan sebarang isu di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan status keahlian parti dan larangan pertukaran parti.

“Saya ingin menyatakan sebagai Ketua Whip kumpulan pembangkang, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, iaitu Ahli Parlimen Larut, bukanlah seorang MP bebas.

“Beliau adalah seorang MP dalam satu parti berdaftar dan ia tidak bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Perkara 49A antara lain memperuntukkan mengenai keadaan seseorang Ahli Dewan Rakyat boleh hilang kelayakan apabila meninggalkan parti yang diwakili ketika pilihan raya atau menyertai parti lain, tertakluk kepada peruntukan dan pengecualian yang ditetapkan.

Takiyuddin menjelaskan, kedudukan Ketua Pembangkang bukan isu pertukaran parti kerana individu yang memegang jawatan tersebut masih merupakan anggota sebuah parti politik yang sah.

Kenyataan itu dibuat susulan wujud kebimbangan Akta Anti Lompat Parti terpakai sekiranya Hamzah menyertai mana-mana parti.

Namun, selepas membaca kenyataan Takiyuddin itu, Speaker menjawab “Ya” sebagai tanda menerima maklum atas perkembangan tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share