Dua Pertemuan Di Luar Dewan Cetus Tanda Tanya

KUALA LUMPUR | 22 Jun 26 — Dua pertemuan berasingan melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama tokoh politik pembangkang di luar Dewan Rakyat hari ini mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pemerhati politik.

Menerusi beberapa gambar yang tular, Zahid dilihat berinteraksi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu pertemuan di luar Dewan Rakyat, manakala satu lagi gambar menunjukkan beliau bersama Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Kedua-dua pertemuan itu berlaku sela waktu yang berbeza tetapi pada hari yang sama di luar dewan, sekali gus menarik perhatian pemerhati ketika landskap politik negara sedang menyaksikan perubahan susunan kuasa dan dinamika hubungan antara parti.

Interaksi antara Zahid dan Hamzah khususnya menjadi perhatian selepas Hamzah sebelum ini mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO itu di luar negara.

Dalam masa sama, pertemuan Zahid bersama Wan Saiful turut mencetuskan persoalan mengenai kemungkinan perkembangan baharu dalam hubungan politik, ketika Perikatan Nasional dilihat sedang melalui fasa penjajaran semula.

Bagaimanapun, Wan Saiful ketika ditanya mengenai pertemuan tersebut enggan mengulas lanjut mengenai butiran perbualan mereka.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung tujuan kedua-dua pertemuan berkenaan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Pemuda PAS Selangor Dakwa PH Panik Sanusi Turun Selangor

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, kehadiran Sanusi dalam Himpunan Jentera PAS Selangor bertemakan PAS Memimpin tidak seharusnya dilihat sekadar program politik biasa, sebaliknya sebagai isyarat bahawa PN sedang memperluas pengaruhnya di Selangor.
Read More

Teguhkan Integriti, Bukan Kuasa – Titah Sultan Nazrin

Sultan Nazrin yang juga pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) menyuarakan kebimbangan terhadap sebahagian umat Islam yang seolah-olah kehilangan arah apabila terlalu memfokuskan kepada kedudukan dan kuasa sehingga meremehkan prinsip kejujuran, ketelusan dan tanggungjawab sosial.
Read More
Total
0
Share