
JEMPOL | 18 Julai 26 – Di sebalik kehangatan hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, satu detik yang mencuri perhatian ialah kemesraan antara Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang apabila kedua-duanya dilihat mengiringi calon parti masing-masing sebagai satu pasukan.
Walaupun BN dan PAS bertanding atas logo berbeza, momen tersebut pantas mencuri perhatian apabila hubungan antara kedua-dua parti semakin mencair selepas beberapa perkembangan politik mutakhir.
Foto yang dikongsi oleh Asyraf Wajdi menerusi facebook beliau itu, dilihat mempunyai nilai simbolik yang besar kerana berlaku ketika hubungan UMNO dan PAS tidak lagi dilihat sebagai seteru politik.
Bagi pemerhati, dalam suasana politik semasa, imej tersebut menjadi petanda kerjasama secara terbuka bagi kedua blok politik tersebut.
Sekiranya persefahaman antara kedua-dua parti terus berkembang, PRN Negeri Sembilan berpotensi menjadi titik permulaan kepada penjajaran semula politik Melayu menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.