
KUALA LUMPUR | 6 Okt 26 — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan 25 saksi berhubung dakwaan dua anggota polis dikasari secara fizikal oleh Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 28 September lalu.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, saksi yang dirakam terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“PDRM memberi jaminan bahawa siasatan dilaksanakan secara telus, profesional dan tanpa memihak, berasaskan keterangan saksi serta bukti yang diperolehi bagi memastikan setiap aspek diteliti secara menyeluruh. Ujarnya dalam kenyataan media.
Dalam kenyataan tersebut, PDRM turut memaklumkan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara hari ini, 6 Oktober, untuk penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.