Asyraf Wajdi Cadang Warden Bekas Tentera, CCTV Di Asrama

KUALA LUMPUR | 6 Okt 26 – Kerajaan perlu menyediakan peruntukan bagi melantik warden sepenuh masa daripada kalangan bekas tentera serta memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua sekolah berasrama, tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut Asyraf Wajdi, langkah itu perlu dilaksanakan sekiranya kerajaan mahu terus mengekalkan sistem sekolah berasrama, selain bagi mengurangkan beban guru yang turut dipertanggungjawabkan mengawasi pelajar.

“Suka atau tidak, jika kita masih percaya dan mahu teruskan sistem sekolah berasrama, Kerajaan mesti menyediakan peruntukan untuk lantik Warden Sepenuh Masa bekas Tentera untuk kurangkan beban guru dan CCTV di semua sekolah asrama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Cadangan itu dikemukakan ketika isu keselamatan pelajar di sekolah berasrama kembali menjadi perhatian susulan tragedi kematian seorang pelajar di Yong Peng.

Perkembangan tersebut mencetuskan persoalan mengenai tahap pemantauan dan keselamatan pelajar yang tinggal di asrama, termasuk keupayaan sistem sedia ada dalam memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Sultan Selangor Titah Wakil Rakyat DAP Hayati Rukun Negara

Kenyataan itu turut menyentuh secara khusus wakil rakyat Seri Kembangan, YB Puan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, yang disarankan hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi memahami dan menghayati makna Rukun Negara.
Read More
Total
0
Share