22 Satelit Starlink Dilancar ke Orbit

Satelit starlink – Foto space.com

WASHINGTON, 7 Ogos 2023 – SpaceX berjaya melancarkan roket Falcon 9 dengan satu lagi muatan satelit Starlink ke angkasa lepas dari Florida lewat Ahad.

Roket itu dilancarkan pada 10.41 malam EDT dari Kompleks Pelancaran Angkasa 40 di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral, menghantar 22 satelit ke orbit bagi menyediakan akses internet ke seluruh dunia, menurut United Press International (UPI).

Pengurus kejuruteraan sistem kualiti kanan SpaceX Kate Tice berkata, beberapa minit sebelum dilancarkan, cuaca hanya menunjukkan “10% daripada melanggar kriteria pelancaran yang ditetapkan”. – Bernama

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Juruterbang MAS Tidak Sabar?

“Malaysia Airlines A350, betul-betul berbaris di landasan tepat di belakang pesawat British Airways Airbus A320 yang berukuran sekitar 123 kaki panjang, dan nampaknya pemisahan antara kedua-dua jet adalah kurang daripada itu.
Read More
Total
0
Share