Laman sosial X perkenal Grok

AI generatif Grok – foto youtube.airevolution

26 Nov 2023 – Laman sosial X akan menawarkan perkhidmatan AI generatif mereka iaitu Grok.

Grok mempunyai akses kepada informasi masa-nyata melalui perkongsian dan data di platform X.

Ia juga akan diintegrasikan terus ke dalam X bagi memudahkan lagi ia diakses oleh pengguna.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Grok adalah perkhidmatan AI generatif khusus untuk pelanggan X Premium+ yang membayar RM70 sebulan.

Elon Musk kini mengatakan Grok akan boleh diakses bermula minggu hadapan.

Bagi yang tidak tahu, Grok adalah produk pertama di bawah syarikat xAI. Modelnya dilatih dengan data di X serta dengan kepakaran Tesla.

Buat masa ini masih tidak pasti apakah kemampuan Grok jika dibandingkan dengan ChatGPT, CoPilot atau Claude serta adakah ia akan ditawarkan kepada pengguna Malaysia atau terhad di negara terpilih. –Awani/Amanz

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

POLYCC Raih 6 Pingat di Jerman

pasukan robotik POLYCC yang diwakili oleh enam peserta dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) meraih masing-masing dua pingat emas, perak dan gangsa.
Read More
Total
0
Share