Ciri baharu WhatsApp boleh sembunyi perbualan

Whatsapp – foto Wiser.my

WHATSAPP kini hadir dengan sebuah ciri baharu dalam memastikan perbualan anda tersembunyi daripada paparan kepada pihak lain.

Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh tetapkan sebuah frasa kod rahsia, dan menyembunyikan sesuatu perbualan disebalik frasa rahsia tersebut.

Perbualan berkenaan tidak akan dipaparkan, dan pengguna perlu membuat carian dengan frasa rahsia berkenaan di kotak carian di WhatsApp, dan ia akan paparkan perbualan yang disembunyikan berkenaan selepas itu.

Dengan langkah ini, pengguna boleh sembunyikan sesuatu perbualan, dan hanya boleh diakses dengan frasa rahsia yang diketahui pengguna tersebut sahaja.

Ini adalah tambahan kepada ciri mengunci WhatsApp yang sedia diperkenalkan oleh WhatsApp sebelum ini.

Untuk mula mengunci dan menyembunyikan sesuatu perbualan, anda hanya perlu tap seketika pada sesuatu perbualan, dan seterusnya tekan pada titik menu, dan pilih “Lock Chat” atau “Kunci Sembang”.

Ciri menyembunyikan dengan sokongan kod rahsia ini sedang diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka diterima semua dalam bulan-bulan akan datang. – Awani

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Suatu Hari

Suatu hari kamu jadi warga yang dihina kerana bertutur Bahasa Ibunda Suatu hari bahasa ibunda mu bertukar diheretnya jauh dari maksud akar
Read More

Khairul Aming tempa nama lagi

Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
Read More
Total
0
Share