Lebih 4 ribu lukisan musnah terbakar di Abkhazia

Ribuan lukisan terbakar di muzium Abkhazia – foto netherlands.postsen.com

MOSCOW, 22 Jan 2024 – Kira-kira 4,000 karya lukisan abad ke-19 dan ke-20 musnah selepas sebuah muzium kesenian di wilayah pemisah Georgia di Abkhazia terbakar pada Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kebakaran itu menyebabkan kerosakan yang tidak boleh kami pulihkan. Semua gambar hangus,” kata Pengarah Galeri Seni Negara, Suram Sakaniya.

Menurut perkhidmatan kecemasan, kebakaran bermula di bahagian bumbung dan siasatan awal mendapati ia berpunca daripada kabel elektrik.

Antara karya yang musnah ialah lukisan oleh seniman Abkhazia dan pelukis asing. Kira-kira 300 lukisan oleh artis Abkhazia Aleksandr Chachba-Sharvashidze (1867-1969) yang juga terkenal di luar negara turut musnah. – Bernama

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Tentang 5G

Teknologi 5G akan memajukan inovasi baru dalam berbagai bidang seperti bandar pintar, industri automatif, kesihatan, dan pengangkutan pintar.
Read More
Total
0
Share