Anwar Bentang Belanjawan 2026 Petang Ini

KUALA LUMPUR, 10 Okt 25 — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada jam 4 petang ini, menjadikannya belanjawan keempat di bawah pentadbiran Kerajaan Madani dan yang pertama selepas pelancaran Rancangan Malaysia Ke-13.

Dalam kenyataan pra-belanjawan, kerajaan menyatakan Belanjawan 2026 akan berteraskan tiga tonggak Ekonomi Madani iaitu; Menaikkan siling pertumbuhan negara, Menaikkan lantai taraf hidup rakyat dan Tatakelola baik dan reformasi sektor awam

Tumpuan utama akan diberikan pada usaha menangani cabaran luaran dan ketidaktentuan global, sambil memastikan kesejahteraan rakyat diperkuat menerusi bantuan bersasar.

Untuk rekod, Belanjawan ini juga akan dibentangkan ketika Sabah sedang bersedia mengadakan Pilihan Raya Negeri ke 17. SPR dijangka akan mengumumkan tarikh bagi proses tersebut.

Menurut takwim Parlimen, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 akan dibahaskan di peringkat dasar selama 8 hari, diikuti perbahasan jawatankuasa dari 5 hingga 27 November sebelum kelulusan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share