Apa Salah Daim, Harta Dirampas Nama Diburukkan Anwar – Tun M

KUALA LUMPUR, 29 Jul 25 – Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha merampas harta Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan memburukkan namanya walaupun selepas kematiannya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak berhak merampas harta rakyat di luar negara atas alasan apa pun.

“Kalau hanya diragukan oleh perdana menteri merampas harta tidak boleh dilaku. Itu salah dari segi undang-undang. Rampasan itu sama dengan mencuri.

“Walaupun nama tidak disebut tetapi harta yang dirampas memang milik Daim. Menjadi hak dan tanggungjawab masyarakat menjelas kesalahan kerajaan.

“Daim sudah tidak ada. Oleh itu beliau tidak dapat pertahan diri. Kerana itu kerajaan Anwar dapat menuduh dengan selamat,” katanya, dalam satu kenyataan.

Bekas perdana menteri itu menjelaskan kejayaan dimiliki Daim adalah sebelum beliau menyertai kerajaan dengan perniagaan yang dilakukan di luar negara bagi mengelak dituduh mendapat keistimewaan.

“Semasa jadi menteri beliau dalam proses menyerah perniagaannya kepada pihak lain. Tetapi apabila ia tidak lagi jadi menteri ia kembali berniaga.

“Untuk tidak dituduh mendapat keistimewaan ia berniaga di luar negara. Tidak pula ada skandal apa-apa di negara dimana ia bergiat.

“Kalau mereka tidak ragu, tidak menuduh apa-apa kesalahan Daim, bagaimana perdana menteri Malaysia  boleh ragu, buat tuduhan, dan menjatuh hukum. Kabinet juga tidak ada hak menghukum,” tegas Dr Mahathir lagi.

Malah, Dr Mahathir turut menyelar Anwar dan mendakwanya mengamalkan kronisme.

“Sebaliknya yang kita lihat sekarang bagaimana kroni Anwar dapat kontrak kerajaan bernilai billion ringgit. Ada pula orang yang sedang dituduh seleweng duit kerajaan yang tiba-tiba ditarik balik tuduhan. Kalau ini bukan rasuah apakah makna rasuah.

“Sudah-sudahlah mendabik dada sebagai pejuang rasuah. Awak sendiri merestui rasuah, nepotisme dan kronisme.

“Anak perdana menteri diberi jawatan tanpa proses biasa,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

15 Lagi Bahagian BERSATU Di 3 Negeri Umum Bubar Serta‐Merta

Perkembangan sama turut berlaku di Sabah dan Semenanjung apabila Bahagian Sipitang dan Sepanggar mengumumkan peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa, sekali gus melumpuhkan struktur bahagian. Bahagian Dungun dan Hulu Selangor juga dilaporkan mengambil langkah membubarkan organisasi masing-masing.
Read More
Total
0
Share