
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 25 – Exco Armada Bersatu, Meor Naqiuddin Shamsudin menggesa Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional membuat usul merujuk Ahli Parlimen Tambun ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah peraturan 36(6) dan 36(12) Peraturan Mesyuarat.
Menurutnya, setelah lebih 48 jam kenyataan yang di buat oleh Perdana Menteri di dewan rakyat, beliau masih tidak dapat mengemukakan bukti berhubung tuduhannya bahawa Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin meyokong pemberian subsidi kepada warga asing.
“Dah 48 jam setelah Ahli Parlimen Tambun merangkap Perdana Menteri yang rakyat Malaysia sayangi buat tuduhan (fitnah) kepada Ahli Parlimen Pagoh yang juga bekas Perdana Menteri disayangi rakyat Malaysia tanpa sebarang bukti dan asas.
“Kalau tak dapat buktikan, Ahli Parlimen Tambun sebagai Ketua Majlis Parlimen dianggap mengeluarkan sangkaan jahat terhadap Ahli Parlimen Pagoh dan mengelirukan Dewan Parlimen. Dah langgar peraturan 36(6) dan 36(12).
“Jadi, saya cadangkan agar Ahli Parlimen Pagoh untuk membuat usul kepada Speaker Dewan Rakyat dibawah perkara 36(6) dan 36(12) Peraturan Mesyuarat bagi merujuk Ahli Parlimen Tambun ke JK Hak & Kebebasan Parlimen.
“Ahli Parlimen Perikatan Nasional terutamanya BERSATU yang lain juga patut buat usul yang sama. Ujarnya.
Terdahulu, semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Anwar mendakwa bahawa Muhyiddin pernah mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak memberikan subsidi petrol kepada warga asing. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.