Dr Fauzi, James Chin: BERSATU Bukan Lagi ‘Magnet’ Utama Pengundi Melayu

KUALA LUMPUR | 29 Mwi 26 — Dua penganalisis politik berpendapat BERSATU tidak lagi boleh dianggap sebagai “magnet utama” pengundi Melayu susulan perubahan landskap politik serta kemerosotan pengaruh parti itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata dakwaan bahawa BERSATU masih mempunyai tarikan besar dalam kalangan pengundi Melayu lebih bersifat defensif untuk menutup kelemahan dalaman parti.

Beliau berpandangan, kekuatan BERSATU kini tidak lagi sama seperti ketika parti itu berada di kemuncak pengaruh selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Dr Fauzi turut menegaskan bahawa pengaruh BERSATU kini banyak bergantung kepada keadaan semasa politik pembangkang dan bukannya kekuatan parti itu secara bersendirian.

Menurutnya, ciri ‘magnet’ yang pernah dikaitkan dengan BERSATU sebenarnya lebih mencerminkan pemimpin berjiwa reformis seperti Saifuddin Abdullah, Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Muhyiddin Yassin dalam usia menjangkau 80-an sebenarnya tidak mampu berdepan landskap politik baharu yang dibawa kumpulan ini. Katanya memetik FMT.

Sementara itu, profesor pengajian Asia dari Universiti Tasmania, James Chin turut berpandangan pengundi Melayu hari ini tidak lagi melihat BERSATU sebagai satu-satunya alternatif politik Melayu.

Menurut beliau, sokongan Melayu kini semakin berpecah dengan kewujudan pelbagai blok politik serta perubahan keutamaan pengundi yang lebih memberi perhatian kepada soal kestabilan ekonomi dan kepimpinan masa depan.

Kedua-dua penganalisis itu melihat pergolakan dalaman BERSATU, termasuk isu kepimpinan dan perpecahan dalam parti, sebagai antara faktor yang menjejaskan keyakinan rakyat terhadap parti berkenaan.

Dalam masa sama, mereka berpandangan naratif bahawa BERSATU masih menjadi “magnet pengundi Melayu” semakin sukar dipertahankan dalam keadaan politik semasa yang jauh lebih kompleks dan dinamik.

James Chin pula berpendapat BERSATU perlu menawarkan naratif politik baharu yang lebih jelas jika mahu terus relevan dan kekal bersaing dalam perebutan sokongan pengundi Melayu pada masa depan.

Baru-baru ini, Ketua Bersatu Terengganu Razali Idris, Selasa lalu mendakwa bahawa parti itu masih memainkan peranan penting dalam PN kerana menjadi magnet mampu menarik sokongan pengundi atas pagar, golongan profesional dan anak muda. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share