Bersatu, PAS Tidak Rasis, Ada Bukan Melayu Sokong

KUALA LUMPUR, 9 MEI 25 -Parti komponen Perikatan Nasional (PN) seperti PAS dan Bersatu tidak bersikap perkauman, kerana masing-masing mempunyai sayap bersekutu buat penyokong bukan Melayu menyertai mereka.

Anggota sayap bersekutu Bersatu Leong Kim Soon berkata, melalui cara itu setiap kaum dapat bekerjasama membantu kemenangan parti dan mencerminkan kemajmukan negara.

“Bersatu tak rasis, ada sayap bersekutu untuk India dan Cina…Umno untuk orang Melayu sahaja, Bumiputera, kalau nak masuk BN kena masuk MCA, kami ahli Bersatu boleh terus menyertai Bersatu kerana ada sayap, kelainan banding Umno, Umno tak benarkan orang Cina masuk (Umno),” katanya, kepada politiko.my.

Bekas setiausaha agung Pemuda MCA itu turut berpendapat, tidak timbul isu perkauman dalam perkara tersebut.

“Saya tak nampak isu rasis. Malaysia berbilang kaum, macam MCA yang perjuangkan hak Cina sahaja tak dapat teruskan perjuangan masa hadapan.

“Bersatu buka untuk semua kaum. Melayu masuk bersatu, Cina, India sayap Bersekutu ini menggambarkan masyarakat majmuk,” katanya.

Beliau juga menepis sangkaan mengatakan PAS bersikap perkauman dengan mengatakan di Kelantan dan Terengganu, komuniti Tionghua turut mengundi mereka. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share